Sesungguhnya kami mendukung pendidikan SK Changkat Lada 3 berikrar akan:
· Menyediakan proses pengajaran dan pembelajaran secara terancang dan seimbang,adil dan berkualiti berasaskan teknologi pendidikan.
· Mewujudkan individu yang sihat,cergas dan cemerlang.
· Memastikan sekolah sentiasa peka kepada kehendak ibubapa dan murid-murid dalam bidang kurikulum,kokurikulum dan sahsiah.
· Mewujudkan budaya muafakat dan sepunya antara sekolah dan masyarakat setempat dalam melahirkan iklim sekolah yang menyeronokkan.
· Menyediakan perkhidmatan yang cekap,mesra,berkualiti dan komited kepada ibu bapa / penjaga dan tetamu.
· Membentuk murid-murid berwawasan yang inovatif,berkualiti dan produktif.
