ASSALAMUALAIKUM....

Assalamualaikum……Salam 1 Malaysia.

Dah lama rasanya saya tak up date blog ni. Tq untuk Mr. Wardi sebab dah membantu menyelesaikan masalah internet kat kelas saya. Lepas ni bolehlah up date selalu…..he…he….

Jom Solat

SEJARAH

Ø Program Pendidikan Khas Prasekolah SK Changkat Lada 3 telah dibuka sessi bulan Januari 2009. Seramai 3 orang mula mendaftar pada 12 Januari 2009. Kemudiannya bertambah sehingga 7 orang murid semuanya pada tahun tersebut. Prasekolah SK Changkat Lada 3 merupakan satu-satunya prasekolah yang terdapat di Kawasan Kampung Gajah.



KATEGORI MURID PENDIDIKAN KHAS PRASEKOLAH



Kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran adalah yang telah disahkan oleh pegawai perubatan sebagai kanak-kanak dalam kategori:

§ Sindrom Down

§ Autisme ringan

§ Lewat Perkembangan

§ Cerebral Palsy (ringan)

§ Terencat akal (ringan)

§ Hiperaktif (ringan)

§ Hipoaktif (ringan)

§ Masalah tingakah laku (ringan)

§ Masalah emosi (ringan)

§ Penumpuan singkat (Attantion Deficit Disorder- ringan)

§ Lain-lain masalah pembelajaran (ringan)

JOM BUAT PLAY DOUGH

JOM BUAT PLAY DOUGH
BAHAN-BAHANNYA

TEPUNG 2 CAWAN

GARAM 2 SUDU

MINYAK MASAK 2 SUDU

AIR 2 CAWAN

KRIM OF TARTAR 1 BOTOL DIATAS

PEWARNA TIRUAN

CARA-CARA MEMBUATNYA

CARA-CARA MEMBUATNYA
MASUKKAN TEPUNG, MINYAK, AIR, KRIM OF TARTAR DAN PEWARNA TIRUAN. GAUL SEBATI.

MIX UNTUK MEMASTIKANNYA BETUL-BETUL SEBATI

MASUKKAN KE DALAM KUALI UNTUK DIMASAK DENGAN API SEDERHANA

KACAU SEHINGGA WARNA DOUGH BERUBAH

KELUARKAN DOUGH DAN BIARKAN 5 MINIT. SELEPAS ITU BOLEHLAH DIULI. BOLEHLAH ANAK-ANAK KITA MENCANAI DAN MEMBENTUK APA YANG DIINGINKAN.

SERONOKNYA DANIA ULI TEPUNG SAMPAI NAK MASUK MULUT.....

AIDIL PENUH SEMANGAT MENGULI TEPUNG......